BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 25 June 2012

Mampukah Aku?

Setelah sekian lama blog ini menyepi, kini aku kembali untuk mencoretkan apa yg dirasakan oleh gerak hati; adakah ianya benar ataupun tidak. Kehidupan yg aku lalui hari ini bukanlah satu kehidupan yg aku inginkan, bukanlah sesuatu yg aku dambakan, bukanlah sesuatu yg aku impikan, namun aku gagahi jua meskipun banyak yg mengeji dan menghina. Sampai bilakah ianya akan berakhir? Adakah masih ada pintu-pintu taubat untuk hamba-Mu yg berdosa ini Ya Allah? Tidak aku harapakn seisi dunia dan lautan dalam melainkan hanyalah satu pengampunan daripada Mu wahai Pemilik Jasad ku ini. Kiranya aku berdosa, maka aku bermohon agar Engkau dapat memberikan waktu dan masa untuk aku bertaubat dan bermunajat kepada Mu ya Rabb. Tuhan Pemilik Sekalian Alam. Meskipun hamba Mu ini mengetahui Engkau tidak akan mempercepatkan dan juga melambatkan walaupun sesaat jika Engkau menghendakinya. Kiranya ini adalah jalan yang terbaik buat hamba Mu ini, maka aku bermohon kepada Mu agar dipermudahkan segala urusan untuk aku melaluinya. Dan janganlah Engkau sempitkan jalan untuk aku menuju kepada Mu ya Allah. Berikanlah hamba Mu petunjuk untuk melalui semua ini meskipun aku mengetahui bahawa Engkau tidak akan membebani suatu hal pun kepada hamba Mu melainkan dengan kesanggupan hamba Mu itu sendiri. Namun aku hanyalah seorang yg lemah ya Allah. Aku malu kepada orang-orang alim, dan aku juga berusaha kepadanya. Aku malu kepada orang yg suka beramal, tapi aku juga berusaha kearahnya. Ya Allah, kenapalah dengan hamba Mu ini, sudah bertaubat namun masih juga melakukan dosa. Apakah tidak ada jalan keluar untuk aku membebaskan diri ku ini dan juga hamba Mu yg ku kasihi ya Allah? Berikanlah aku petunjuk dan pedoman agar aku dapat memimpin diri ku ini dan juga orang lain. Mampukah aku ya Allah? untuk berhadapan dengan semua ini?