BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 13 August 2012

Banyaknya dosaku ini Ya Allah.


Aku dapat rasakan betapa banyaknya dosaku ini Ya Allah...Tak sanggup lagi ingin terus melakukan dosa...
Aku tidak mahu memikul dosa-dosaku di akhirat nanti Ya Allah...
Aku tidak mahu dosa-dosa ku memberatkan timbangan mizan Mu Ya Allah...
Aku tidak mahu dosa-dosa ku yang lalu menghantui hidupku Ya Allah...
Aku takut Ya Allah, sangat takut...
Malunya aku dengan Engkau Ya Allah...
Engkau yang menciptakan aku, tapi..... aku lupakan Engkau...
Aku sepatutnya sedar Ya Allah....
Aku ini diciptakan untuk beribadat pada Mu...
Aku ini diciptakan untuk menjadi khalifah di muka bumi Mu ini...
Aku ini sepatutnya hidup semata-mata untuk mencari keredhaan Mu Ya Allah...
Aku insaf Ya Allah, aku menyesal Ya Allah...
Banyaknya dosa-dosaku....
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk aku menjejakkan kaki ke syurgaMu...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk aku melapasi titian Sirat Mu dengan selamat...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk aku bertemu dengan Engkau di syurga kelak...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk aku mendapat syafaat Rasulullah...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk selamatkan diri dari azab Mu Ya Allah...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk selamatkan ahli keluargaku dari api neraka Mu Ya Rabb...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk aku terushidup di muka bumi Engkau tanpa rasa bersalah Ya Allah....
Ya Allah,
Aku malu Ya Allah, malu dengan Engkau,
Betapa lemahnya iman ku ini...
Betapa mudahnya aku melupakan Engkau...
Aku malu Ya Allah,
Malu dengan malaikat di kiri dan kananku...
Aku tahu mereka mencatit segala amalku, tapi aku tersu berbuat dosa...
Seolah-oleh mereka itu tidak wujud Ya Allah...
Aku malu Ya Allah,
Malu dengan Rasulullah,
Baginda yang maksum itu pun sentiasa bertaubat pada Mu...
Apetah lagi aku ini Ya Allah...
Adakah baginda akan mengaku aku sebagai ummatnya di akhirat nanti...
Sudikah baginda memberik syafaat padaku nanti...
Sudikah baginda selamatkan aku dari neraka nanti...
Aku takut.... AMAT TAKUT YA ALLAH

Wednesday 1 August 2012

Ini semua bukanlah niatku...!


~ Andai kehadiranku punca GOYAHNYA IMANMU, maafkan aku..
~ Andai kehadiranku punca HATIMU MERANA, maafkan aku..
~ Andai kehadiranku punca LALAINYA HATIMU, maafkan aku..
~ Andai kehadiranku punca LEMAH dan BERKURANGNYA SEMANGAT mujahadahmu, maafkan aku..
Sungguh, itu semua BUKANLAH NIATKU..


p/s : gmbr tiada kaitan dgn ayat di atas..haha~

Maafkan daku!


Maafkan Daku Duhai kekasih Hatiku
Maafkan Daku kerna Menyakiti hatimu
Andaiku ada melakukan kesilapan dan kesalahan
Percayalah, bukan niatku berbuat demikian

Diri ini jujur dan ikhlas padamu
Ku tak nak diri menderita
Ku tak ingin melihat dirimu merana
Ku ingin bahagiakan dirimu
Ingin menjaga dirimu dengan sebaiknya

Diri ini tulus ikhlas pada dirimu
cintaku suci padamu
Mengharapkan keredhaan dan keberkatan Ilahi
Andai dirimu diciptakan untukku
Ku berjanji pada Yang Maha Kuasa
Untuk menjaga, mendidik dan berbahgiakan diri
dengan sebaik mungkin


Akan ku didik dirimu dengan kasih sayang Allah
Yang telah diajar oleh Rasulullah
Akan ku menyintai dan menyayangimu
Seperti Rasulullah sarankan

Maafkan daku andai buat dirimu terluka
bukan niatku berbuat begitu
daku merisaukan dirimu
daku mengambil berat akan dirimu
kasih sayangku tak berbelah bagi
cintaku tak berubah hati
kadang diriku juga berduka
hati ini pun terluka juga
dah puas diri ini menangis kekasihku
dirimu sukar dicari ganti

Mengertilah Duhai kekasihku
Mengertilah diri ini
jangalah kau kecewakan lagi hati ini
daku rela menjaga dirimu hingga akhir hayatku
kerna cinta dan kasih sayangku padamu
mengharapkan keredhaan Ilahi

Maafkan segala kesalahanku
Niatku baik dan ikhlas
tapi daku tidak minta ia terjadi
janganlah dirimu salah ertikan
tujuan diri ini
niatkan bukannya jahat
tapi untuk mengambil berat akan diri
mungkin daku salah tempat
untuk luahkan isi hati ini
daku mengambil berat akan diri
bukan minta simpati sesiapa
daku ingin menjaga dirimu
berilah daku peluang
Demi Allah kasihku jujur dan ikhlas
cintaku tulus ikhlas padamu
.
maafkan diri ini sayang
kerna pernah melukakan hatimu
ku pernah berjanji untuk menjagamu
Menjaga hatimu supaya tidak dikecewakan
daku berusaha sedaya upaya buat terbaik untuk kita
daku ikhlas padaku
semoga Allah memberkati perhubungan suci ini
Biarlah maut memisahkan kita
Walaupun hati ini pernah dikecewakan
Walaupun hati ini terluka
Pernah juga hati ini menangis kerna kesedihan
apa yang berlaku antara kita
.
Terimalah diriku seadanya
daku terima dirimu seadanya
Janganlah kau sangsi akan cinta dan kasih sayangku
Janganlah kau berduka lagi kasihku
Akan ku jaga akhir hayatku
Akan ku sabar dengan kerenahmu
Akan ku beri kau kasih sayang
Ku akan manjakan dirimu
Ku takkan buat kau berduka
Kisah kita berdua
Kita yang tahu
kanku pegang janjiku padamu kasihku
Maafkan diriku ini....


<<<< copy paste jerr, bukan ayat yg aku reka pun :P tp ad mksud jugak kot, tht'y knape aku copy and paste dkt blog aku nie...kan3?? ape pun, layan jerkk >>>>

Thursday 26 July 2012

Bila agaknya???

Bismillahhirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang.

Alhamdulillah, masih lg d berikan kesempatan untuk terus berjuang. Walaupun sering kali tewas dalam perjuangan. Tapi masih tetap berusaha untuk terus berjuang melawan segala kehendak yg didorong oleh gelombang hati dan semestinyalah kehendak NAFSU yang perlu dititik beratkan. Bukan berkata bahawa melawan kehendak lain itu tidak perlu, tapi segalanya bermula dengan nafsu. Persoalan yang ingin saya timbulkan disini, bilakah agaknya diri ini akan terus berusaha memenangi setiap daripada ujian dan cabaran yang didatangkan? Tidak perlu untuk menjawabnya.

Bilakah masanya? Sekarang? Esok? Lusa? Minggu depan? Tahun depan? 10 tahun akan datang? Ooh tidak.  Sempatkah aku? Sempatkah kita??? Semuanya ada pada diri kita sendiri. Terserahlah semuanya pada yang menanggung. Yang pastinya, semua ini akan dipersoalkan kembali.



Rasanya setakat ini sahajalah renungan yang saya rasa ianya perlu diberikan kepada diri sendiri terlebih dahulu. Moga setiap usaha yang kita jalankan akan dilipat gandakan kelebihan dan rahmat Nya kepada kita semua. Salam Ramadhan kepada semua.


Monday 25 June 2012

Mampukah Aku?

Setelah sekian lama blog ini menyepi, kini aku kembali untuk mencoretkan apa yg dirasakan oleh gerak hati; adakah ianya benar ataupun tidak. Kehidupan yg aku lalui hari ini bukanlah satu kehidupan yg aku inginkan, bukanlah sesuatu yg aku dambakan, bukanlah sesuatu yg aku impikan, namun aku gagahi jua meskipun banyak yg mengeji dan menghina. Sampai bilakah ianya akan berakhir? Adakah masih ada pintu-pintu taubat untuk hamba-Mu yg berdosa ini Ya Allah? Tidak aku harapakn seisi dunia dan lautan dalam melainkan hanyalah satu pengampunan daripada Mu wahai Pemilik Jasad ku ini. Kiranya aku berdosa, maka aku bermohon agar Engkau dapat memberikan waktu dan masa untuk aku bertaubat dan bermunajat kepada Mu ya Rabb. Tuhan Pemilik Sekalian Alam. Meskipun hamba Mu ini mengetahui Engkau tidak akan mempercepatkan dan juga melambatkan walaupun sesaat jika Engkau menghendakinya. Kiranya ini adalah jalan yang terbaik buat hamba Mu ini, maka aku bermohon kepada Mu agar dipermudahkan segala urusan untuk aku melaluinya. Dan janganlah Engkau sempitkan jalan untuk aku menuju kepada Mu ya Allah. Berikanlah hamba Mu petunjuk untuk melalui semua ini meskipun aku mengetahui bahawa Engkau tidak akan membebani suatu hal pun kepada hamba Mu melainkan dengan kesanggupan hamba Mu itu sendiri. Namun aku hanyalah seorang yg lemah ya Allah. Aku malu kepada orang-orang alim, dan aku juga berusaha kepadanya. Aku malu kepada orang yg suka beramal, tapi aku juga berusaha kearahnya. Ya Allah, kenapalah dengan hamba Mu ini, sudah bertaubat namun masih juga melakukan dosa. Apakah tidak ada jalan keluar untuk aku membebaskan diri ku ini dan juga hamba Mu yg ku kasihi ya Allah? Berikanlah aku petunjuk dan pedoman agar aku dapat memimpin diri ku ini dan juga orang lain. Mampukah aku ya Allah? untuk berhadapan dengan semua ini?

Thursday 23 February 2012

Barakallahulakum :)

Bismillahirrahmanirrahim...
Subhanallah, sungguh suci ikatan murni saudari itu. Sungguh saya amat menyanjunginya.
Terlalu lama tdk membuka entry enti, sehinggakan saya tidak tahu akan perkara ini. 
Jikalau dulu sering sahaja membuka entri enti, kerana tertarik dgn satu cerita yg dinukilkan oleh enti "Diari antara aku dan dia'. InsyaAllah, cerita itu akan sentiasa menjadi penguat kpd diri saya yang lemah ini. Shukran.
Pd pg ini, 23/02/2012 , baru saya mengetahui tentang perkara itu. Sungguh sebak di hati ini hanya Allah yang tahu. 
Sebak kerana memikirkan, adakah saya layak untuk membuat perkara yang sedemikian rupa? 
Apa pun, saya akan sentiasa doakan kebahagiaan enti bersama suami tercinta.
Sungguh indah jika CINTA yang dibina itu Lillahi Ta'ala. Segala yang payah kan menjadi mudah. Betul x?
Akhirnya, terimalah gambar ini sebagai satu kenangan dari saya sebagai peminat setia cerita enti itu.
Moga berbahagia hingga akhir hayat  hendaknya:) 


Saturday 11 February 2012

Entry 1st, Setelah sekian lama

Setelah sekian lama menyepi, kini mula kembali mencoret. Huhu. Al-maklum lah, dunia penuh dgn pancaroba. Sehingga jari-jemari terasa letih untuk menghadap mu. Hrm, sbelum ape2 Ok lah, nk ucapkn Terima Kasih dulu. Terima KAsih ya Allah kerana masih mmberi daku ksempatan waktu utk mnconteng d ruangan ini, moga ianya ad juga manfaat. Klau bkn pd org, ckuplah pd diri hamba Mu ini. Seterusnya, selamat berbahagia lah kpd smua shabat2 yg da berkahwin, yg nk berkahwin, yg bkal mnjadi pngantin x lama lg. Sungguh, ad smuanya hebat2 belaka. Sgt teruja dgn keberanian antum2 utk mndirikn rumah tangga d usia muda. Doakan utk diri ku ini juga yer, mudah2an insan2 solehah itu mnjadi pndamping buatku, dunia akhirat. Aminn. 

sweet nyer. InsyaAllah ^_^

Ok, next episode. Hrm, sbnrnya bnyk cerita yg x terluah pd rungan ini. smoga ianya adalah sebuah rahsia d antara daku dgn Pmilik Hati ini. Sungguh, aku terlalu rindukan belaian kasih Mu ya Allah. Kaish sayang yg Engkau berikan tiada tolak bandingnya dgn seisi dunia yg ada. Moga Ukhrawi mnjadi milik kami bersama. dan moga dunia fantasi ini mnjadi hamparan bg kami utk bertemu dgn Mu ya Allah. Wahai pemilik nywa ku, betapa lemahnya diri ku ini. Banyak ujian dari Mu, sehingga aku merasakan letih utk terus berjuang, terlena daku d pangkuan bumi menyembah insani. Maafkan daku, ampuni daku ya Allah. ats sgala dosa dan noda yg tercipta.

Moga Syurga Mu itu mnjadi milik kami ya Allah.