BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 21 September 2011

Jom Baca Sekejap ^_^

Ikhwah wal Akhawat Fillah Sekalian,

Alam yang ALLAH ciptakan mengandungi pelbagai khazanah berharga yang belum diterokai. 

Setiap penciptaan yang dapat kita lihat bukanlah diciptakan sia-sia, atau hanya semata-mata untuk dikaji begitu sahaja, tetapi tujuan utamanya adalah agar kita sentiasa mengingati ALLAH, Sang Pencipta alam tersebut. 

Melihat kepada alam sepatutnya mengingatkan kita kepada sifat alam yang sentiasa bertasbih lantas memangkinkan jiwa kita untuk turut sama mengingati Penciptanya. 


Kesimpulannya berfikir tentang alam sebenarnya adalah salah satu sarana meningkatkan iman dan amal ibadah - bagi golongan Ulul Albab yang mampu berfikir. 

Ya ALLAH, masukkanlah kami ke dalam golongan tersebut.

Wednesday 14 September 2011

~*Balasan Baik Di Dunia Dan Akhirat Buat Penyabar*~


Sabar itu dikatakan separuh daripada iman kerana orang yang sabar itu mereka sabar kerana Allah SWT semata-mata kerana balasan daripada Allah itu indah..di dunia mahupun di akhirat..

Antara kelebihannya di dunia mahupun akhirat ialah..
*Allah menyertai orang-orang yang sabar. Surah al-Baqarah, ayat 153:
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.”


*Allah sayang kepada mereka yang sabar. Surah Ali Imran, ayat 146:
“Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai dengan oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah, dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.”

*Orang-orang yang sabar memperoleh berkat yang sempurna, rahmat dan petunjuk. Surah al-Baqarah, ayat 155-157:
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya.”


*Memperoleh pahala lebih baik dari apa yang dikerjakan. Surah a-Nahl, ayat 96:
“(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.”


*Pahala dicukupkan tanpa batas. Surah az-Zumar, ayat 10:
“Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat) dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. “

*Dijanjikan pertolongan Allah SWT. Surah Ali Imran, ayat 125:
“Bahkan (mencukupi dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertakwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.”

*Memperoleh darjat kepimpinan dalam agama. Surah As-Sajadah, ayat 24:
“Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. “

*Dipuji Allah sebagai manusia utama. Surah As-Syura, ayat 43:
Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). “

*Dilindungi oleh Allah dari tipu daya musuh.Surah Ali Imran, ayat 120:
“Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya akan apa yang mereka lakukan.”

*Layak masuk syurga.Surah al-Insan, ayat 12:
“Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.”





*sumber:Al-Quran Mengajar Kita Sabar,Dr.Yusof Qaradhawi~

Friday 9 September 2011

~* Biarkan segalanya *~



Dulu pernah ada cinta
Dulu pernah ada sayang
Namun kini tiada lagi
Rasa hati yang ku pendam


Perasaan seperti dulu
Bukan lagi buat dirimu
Hanya untuk yang bisa menghargai
Dan juga memahami


Kini tiada lagi kisah
Cintaku tlah musnah sudah
Hancur hatiku
Telah kau sakiti perasaanku


-----
Biarkan ku pergi
Jangan kau tanyakan lagi
Ku yakin ini yang terbaik
untuk kau dan diriku

Biarkan berlalu
Rasa cinta ini di hati
Ku tak bisa tuk menahan
Kerna aku dah terbiasa...

^__^ uhaa..just mngisi masa lapang.
 < puitis jugak aku mlm nie yerr >
jom layanzz ... :)

Jalan Mana Yang Anda Inginkan?

Mengapa anda memilih jalan yang penuh dengan onak berduri untuk sampai ke sesuatu puncak, sedangkan anda mengetahui jalan yang anda pilih itu akan menyukarkan dan menyakiti anda untuk sampai kepuncak tersebut walaupun jalan yang anda pilih itu adalah jalan yang singkat.


 Sekalipun anda sampai ke puncak tersebut, anda sedikitpun tidak akan dapat merasai kebahagiaan itu. Yang anda temui hanyalah penyesalan demi penyesalan melalui kepenatan yang anda tanggung selama anda berusaha. 

Tetapi, jika anda sabar dan tabah menempuh jalan yang jauh perit perjalanannya untuk sampai ke puncak tersebut tanpa berusaha sedikitpun untuk melalui jalan yang singkat itu tadi, anda akan temui kebahagiaan demi kebahagiaan yang tidak pernah anda sangka-sangka sepanjang perjalanan anda menuju kepuncak tersebut.


 Dan apabila anda sampai ke puncak, anda akan berperasaan bahawa dunia ini adalah milik anda, untuk anda, selamanya kebahagiaan yang anda kecapi itu berada pada diri anda.

Jalan manakah yang menjadi pilihan hati anda? Segalanya ada pada diri anda. Segalanya terletak pada diri anda. Tepuk dada, tanya Iman. Tempuhilah lorong-lorong berliku yang penuh dengan perit pahitnya, kerna Syurga itu sesuatu yang sangat Mahal.


p/s : jika ada tersalah, sila bagi komentar~saya budak baru belajar.wsslm

Monday 5 September 2011

Mencari Kekuatan Diri

“Kenapa diam dan muram saja ni?” tanya seorang teman.


“Hati saya tidak berapa tenteram, izinkan saya mencari ketenangan,” itulah jawaban yang diberikan. Sememangnya diakui hati tidak berapa tenang, kerna banyak perkara bermain di benak fikiran bergelumang di hati.


Banyak perkara yang difikirkan. Kerisauan, keresahan, dan sebagainya. Sudah pasti, inilah lumrah ketetapan dari Illahi ya Rabbi. Dalam perjalanan menuju kebahagiaan akhirat, sudah pasti banyaknya cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi. Itulah yang Allah S.W.T perkatakan dalam kitab-Nya,


Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” Al-Baqarah:155.


……………………………………………

Ya Allah Tuhanku,
yang merubahkanku,
tetapkanlah..
hati ku…
moga sentiasa..
dalam agama Mu,
jua..
taat akan perintahmu

……………………………………………

Tuhan..
usah bebankan kami,
dengan bebanan yang berat…
seperti yang pernah Kau berikan,
kepada umat terdahulu dari kami…
Tuhan..
jangan pikulkan kami,
yang tidak kami terdaya..
maafkan salah kesilapan,
ampunkanlah dosa-dosa..
Rahmatilah kami…
……………………………………………

 “Cari dan binalah kekuatan diri di penghujung malam sesudah kamu mampu memperbaiki Subuhmu.



Dan berjuanglah untuk ikhlas. Kerana sesungguhnya orang yang belum pernah berjuang untuk ikhlas, maka dia belum pernah ikhlas.


Ingatlah untuk sentiasa memberi sumbangan dan pengorbanan, kerana orang yang memberi sumbangan belum tentu mampu berkorban, tetapi orang yang membuat pengorbanan sudah pasti telah memberi sumbangan.


“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” Ali-Imran:92.

“…” banyak sungguh kata-kata nasihat yang diterima. Apabila satu proses mudah yang di ajar Islam cuba dipraktikkan yakni proses muhasabah diri, sungguh tepat sekali apa yang dinasihatkan.


Diri ini masih banyak lagi yang perlu dikenali dan diperbaiki satu persatu. Boleh di tanya, di mana taqarrubnya dan di mana munajatnya. Terasa juga diri ini semakin ‘lemah’. Baru sahaja diuji dengan kerisauan dan keresahan, hati sudah tidak keruan dan tenteram. Terganggu segala ibadah. Sehingga diri ini diingatkan kembali tentang kalam-kalam Allah yang berbunyi:


“Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah kamu di antara orang-orang yang bersujud (solat), dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal).” Al-Hijr:98-99.


……………………………………………

Bukannya mudah menyusur denai,
onak duri bertaburan melata di jalanan,
pasti terhiris juga kaki nan melangkah,
dalam menyusur langkah perjuangan.

Tuesday 23 August 2011

duhai hati~

Sunyi nya teman tak bertepi,sunyi nya malam tak berembun,sunyi nya Hati tak terpatri. Andai bisa ku gambarkan pd ruangn ini,belum tntu sang kejora dpt mngerti. Hadirnya ia tanpa d pinta. Berlalu ianya pergi dgn seribu tanda tanya. Hingga hari ini belum ku temui jwapan. Adakah selamnya dia tdk akn kembali?


Sunday 21 August 2011

Bingkisan Tulus dari Adam buat Hawa


Hawa ku,
Meski aku Adam, gagah pada luaran, adakalanya aku juga tewas dalam godaan. Walau aku pemimpin Khalifah bagimu, aku juga selalu tersungkur kalah akibat nafsu.Nafsuku 1, akalku 9, namun yang 1 itu sering menjadikan aku di luaran kawalan. Kadangkala aku juga tewas dalam lautan duniawai, lemas dalam dunia sendiri. Andai aku leka dan alpa, ingatkan aku untuk kembali pada-Nya, kerana sesungguhnya disebalik seorang lelaki, berdiri seorang wanita.

Hawa ku,
Walaupun aku durjana duniawi, aku juga impikan wanita solehah sebagai suri. Justeru, ingatkan aku agar tingkatkan ibadah, kelak aku bisa menjadi suami soleh. Ingatkan aku supaya selalu mengalunkan kalamullah, agar dapat aku memandumu ke syurga al-Jannah. Sedarkan aku agar mengejar keredhaan ar-Rahman, agar hidup aku sentiasa aman. Bangunkan aku bertahajud bersamamu, agar kelak rahmat-Nya tiada tandingan untukku. Aminkan bacaan doaku, moga nanti luas syurgamu. Taat dan patuhilah aku, kelak solehah jadi milikmu.

Hawa ku,
Aku suka jika kau menutup aurat daripada pandangan buas durjana. Aku suka jika kau tidak sesuka hati menabur cinta duniawi sebaliknya kau titipkan buat zaujmu kelak. Aku suka jika kau bidadari sentiasa mengejar kebahagiaan ukhrawi. Aku kalau kau bersifat keibuan supaya kelak zuriatku penuh dengan kesantunanmu. Aku lebih suka kata-kataku berhemah kerana itu menunjukkan kau wanita berhemah. Aku suka jika kau pandai berdikari, agar kelak kau mampu berdiri sendiri. Lagi indah kalau kau berperibadi mulia, kerana itu sebaik-baik hiasan dunia. Aku suka kalau kau pandai menjaga maruah, agar harga dirimu tidak terlalu murah. Lebih elok jika kau mampu berfalsafah, kerana itu simbol mar’a fatonah. Peliharalah agama seperti mana auratmu terjaga rapi, siramlah ahti dengan taqwa, sebagai bekalan menghadap Yang Kuasa. Hiasi peribadi dengan sifat mahmudah. Agar kelak tidak dipandang leamh. Meski kau dicipta daripda rusukku yang bengkok, namun ada ketika tangan yang disangka lembut mengayun buaian mampu menggoncang dunia mencipta sejarah. Oleh itu, ingatlah aku Adammu yang sering leka dan alpa. Kelak Hawa ku ini bakal menghuni al-Firdausi.

Moga impian kalian semua untuk mencari cinta yang diredhai kan termakbul. Mudah-mudahan coretan ini sedikit sebanyak mengajar kita bermuhasabah diri dalam merebut sekeping hati seorang insan yang kita cintai. Insya-Allah sinaran cinta Ilahi yang dicari akan ditemui. Sematkan pesanan ini dalam hati agar kita saling mengingati..insyaAllah,ameen Ya Rabb..



Saturday 20 August 2011

Sahabat Seperjuangan


Kadang kala dalam liku-liku perjuangan ini di waktu usia masih muda kita mengimpikan sesuatu yang begitu ideal dalam perjuangan, tapi para sahabat ku sakalian, di depan kamu terlalu perik dan jerik ujian pasti menimpa diri kamu berlapis-lapis bagi membuktikan apa kamu perkatakan itu benar dan dikotakan.


Sahabat pengalaman mengajar erti kematangan dalam kehidupan, ujian bukan datang dari kesusahan sahaja ia datang dari kemewahan dan kesenangan, namum dengan kesenangan itu ramai mereka yang seangkatan dengan ku guguran dalam perjuangan.

Sahabat ingatlah sesuatu yang diucapkan akan diminta penyaksian oleh Allah dan kita bertanggungjawab sepenuhnya.

Kunci keselamatan diri ialah Ikhlaskan dirimu kepada Allah tanpa mengira sebarang keuntung yang lain. Syurga perlu dibayar dengan harga yang mahal. Semoga kamu berjaya mengharungi segala rintangan dan ujian yang pasti akan datang merempuh kamu. Tabahkan hati banyakkan zikrullah.

(Semoga Syurga Firdausi itu menjadi milik kita bersama) :-)

Duhai Wanita

Dengan kecantikan yang anda miliki, ternyata lebih cantik daripada matahari.
Dengan akhlak anda, anda lebih harum dari minyak wangi.
Dengan sikap tawaduk anda, anda lebih tinggi dari purnama.
Dengan cinta anda, anda lebih segar daripada rintik gerimis.
Oleh itu, peliharalah kecantikan anda dengan keimanan, keredhaan dengan
kepuasan, dan kehormatan dengan hijab yang menutup aurat.

Ketahuilah bahawa, perhiasanmu bukanlah emas atau perak,
Tetapi dua rakaat menjelang subuh.
Dahagamu di tengah hari yang panas,
Kerana berpuasa
Derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh ALLAH
Air mata taubat, sujud yang panjang di atas sejadah
Dan malu kepada ALLAH ketika terdorong bisikan nista dan ajakan syaitan.

Jadikanlah taqwa itu bak pakaian anda
Nescaya anda akan menjadi wanita yang tercantik di dunia
Meskipun pakaian anda bertampal.

Jadilah wanita yang selalu bersyukur ketika senang
Bersabar ketika ditimpa musibah
Tetaplah berbaik sangka dan berpegang teguh hanya pada  ALLAH
Janganlah bersedih hati dan berputus asa atas apa yang hilang dari dunia ini.
Sesunggugnya kita memiliki rumah lain yang lebih agung, lebih kekal
Lebih besar, lebih indah dari rumah ini, iaitu akhirat

Bila mempunyai perasaan tenteram dengan ALLAH
Ia akan tenteram dengan kehidupan
Merasa bahagia dengan apa yang ada
Dan menikmati hari-harinya dengan hati yang tenang, bercahaya dan terbuka
Barangsiapa yang taat kepada ALLAH, mengerjakan perintah dan menjauhi laranganNYA
Dan jujur dalam cintanya kepadaNYA
Maka dia akan menemui ketenteraman sebagai makanan
Menemukan kelazatan dekat dengan ALLAH
Dan kebahagiaan bermunajat kepada ALLAH

EKSTREMIS DI DALAM ISU ZINA HATI

Selalukah sahabat mendengar perkataan2 sepeti ini?

“Melihat perempuan itu haram”


“Mendengar suara perempuan itu haram”



“Mengingati bayangan perempuan itu haram”



“Semua itu adalah zina”





Banyak kali dengar kan? Mungkin agaknya mereka mahu menjadikan perempuan itu sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini, dan bagi perempuan pula mereka mahu menjadikan makhluk lelaki sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini.



Sampai begitu sekalikah pandangan anda tentang pengharaman segala yang datang daripada perempuan atau segala yang datang daripada lelaki? Sedangkan khinzir pun tidak sampai ke tahap itu diharamkan dalam Al-Qur’an. Yang hanya diharamkan adalah makan dagingnya sahaja.



Apakah sebenarnya pengharaman dalam masalah perhubungan antara lelaki dan perempuan? Adakah perempuan itu haram semata-mata kerana dirinya حرام لذاته / haram lizatihi, atau haram kerana perkara luaran lain حرام لغيره / haram lighairihi?



Melihat perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata pandangan kepada perempuan itu haram atau pandangan itu haram disebabkan unsur luaran lain?



Tentunya pandangan yang diharamkan adalah pandangan yang disertai dengan syahwat, pandangan yang menggoda dan bernafsu. Itulah sebab kepada pengharaman pandangan bukan semata-mata kerana pandangan biasa.



Suara perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata suara kepada perempuan itu haram atau suara itu haram disebabkan unsur luaran lain?



Tentunya suara yang diharamkan adalah suara yang dilunakkan untuk menarik perhatian, suara manja mendodoi, suara-suara gedik. Suara sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata suara biasa.



Mengingati perempuan itu? Adakah semata-mata ingat kepada perempuan itu haram atau ingatan itu haram disebabkan unsur luaran lain?



Tentunya ingatan yang diharamkan adalah ingatan yang membayangkan keseksian susuk tubuh perempuan, membayangkan untuk bersetubuh dengan perempuan dan bayangan yang membangkitkan berahi. Ingatan dan bayangan sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata ingatan biasa.



Itulah hal-hal yang dipanggil zina kecil. Pengakhiran yang menentukannya adalah kemaluannya sama ada menjebakkannya ke kancah perzinaan hakiki atau tidak.

(jika ada sebarang komentar, silalah beri pandangan saudara saudari. diri ini masih bnyak kekurangan)

Thursday 18 August 2011

Indahnya Ciptaan Mu Ya Allah

Bersabda Rasulullah SAW:
“Sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah.”


Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Tuhannya
Yang mengalir rasa cinta.. takut dan harap
Terus menguasai perjalanan kehidupannya
Dari waktu ke waktu
Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir

Perempuan yang aku rindui
Adalah yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Sentiasa muraqabah
Setiap waktu sibuk membaiki diri
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah

Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti
Muhasabatunnafsi dilakukan selalu
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi

Perempuan yang aku dambai
Yang mendekatkan hatiku yang jauh dari Allah
Tika aku di sana dilamar duniawi
Hadirnya memperkasa Akhiratku
Sewaktu aku alpa dan leka
Lembut manjanya mentazkirah diri
Di kala aku disapa bahana
Belai kasihnya menginsafkan naluri

Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Demi kebahagiaan abadi di sana

Perempuan yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuanganku
Menegak kalimah Allah nan qudus
Mendaulat perjuangan suci Junjungan Mulia

Perempuan yang aku impi
Adalah wanita yang luhur haqiqi
Muslimah yang setia sejati
Mu’minah yang taat pada Ilahi
Itulah…Perempuan acuan al-Qur’an.

Resahnya jiwa meniti hari

Assalamualaikum. . . .
hrm, pertama-tamanya dan selamanya hnya kpd Mu kami menyembahkan diri, memperhambakan diri kami sebagai hamba Mu yang penuh dengan kekurangn dan keburukan. Sesungguhnya jika bukan kepada Mu, kepada Siapalah lagi harus kami mengharap? Terlalu banyak nikmat yang engkau kurniakan kepada Kami, sehingga kami terleka daripada mengingati Mu Ya Allah..
terasa lama dah x update blog ini. 1st bukak sminggu lps, tgk2 ada 2 jer berita kat blog nie..ape bleh buat, masalah demi masalah datang menguji minda dan jugak iman..huhh! 
rsanya ada baek blog ini d manfaatkn kpd smua..moga2 sgala perkongsian yang d berikan menjadi kekuatan utk diri ini terutamnya dan seterusnya kpd smua insan yang bergelar manusia..
_____________________________________

hari ini terasa dunia ini semakin hampir kepada penghujungnya. detik yang berlalu terasa lajunya hari berganti hari. adakah ianya satu pengakhiran ataupun adakah ianya hanyalah sebuah permulaan kepada kita? 
yang pastinya hari-hari yang kian lama kian terasa suramnya tanpa kelibat orang-orang yang tersayang.
........................................
Sesungguhnya daripada Mu kami dijadikan, dan kepada Mu jualah kami akan dikembalikan.
selama hampir 2 semester lebih kita bersama, dalam setiap suka dan duka yang kita harungi bersama. dari hari pertama perkenalan sehingga lah detik dan waktu ini, tidak dapat aku lupakn walau sesaaat. apa yang terjadi diantara kita. moga segalnya adalah rahsia yang terindah diantara kita.

 (1)Diri mu tidak kenal erti penat dan lelah, sentiasa sabar mendidik anak bangsa, semoga satu hari semuanya adalah pejuang-pejuang Islam yang digeruni dan ditakuti.
(2)Dengan senyuman yang sentiasa terukir dibibir, tidak pernah menggambarkan walau sedikit kesedihan yang dihadapi, menyusahkan lagi untuk di mengertikan apakah maksud tersurat atau yang tersirat yang ada padanya?


akhirnya, akan meninggalkan jiwa yang kian kekosongan dengan penuh tanda tanya dan seribu persoalan.
semoga semuanya adalah yang terbaek buat diri keduanya..kiriman doa pengubat jiwa, moga diri sentiasa tabah dalam apa jua situasi~


Sunday 10 April 2011

~ikhtilat~

Assalamualaikum dan slmt mlm kpd semua.
Waduh3x, mlm nie kami brmuzakarah bab ikhtilat.Sungguh meresap k dlm jiwa dan mmbawa mkna yg mndlm kpd ku.Dgn nas2 dan dalil yg bernas d berikan oleh saudari Wanie kita,n adk Ojie kita cukup jelaslah bhawa ikhtilat antra llaki dan prempuan sama sekali adlah haram melainkn dgn sbb yg tertntu yg d gariskn oleh syara'.

Maka dgn itu,hendaklah kita sama2 mnjaga prhbungn d antra llaki dan prempuan yg kdg2 dpt mnimbulkan bnyk fitnah kpd kita semua.Sungguhpun kita susah utk mnjaga ikhtilat d ssama kita,ttapi kita hndklah sntiasa brusaha dan brdoa utk mnjauhinya. D khuatiri kita akn lbih trjrumus kpd zina hati,wlaupun kita brkata yg kita mnjaga tutur kata dan juga pndangn kita.

X salah utk kita brtgur sapa dgn yg bkn muhrim,,ttapi biarlah kena pd tempat dan juga caranya.Aku sndri pun xdpt nk jaga prkara nie dgn btul.Trkdg ada juga tmpt yg xdpt d elakkan, krna aku juga mnusia biasa yg pnuh dgn salah n silap. Moga2 kita saling dpt mmpringati antra 1 sama lain demi Agama Islam kita yg trcinta..Amin~