BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 23 August 2011

duhai hati~

Sunyi nya teman tak bertepi,sunyi nya malam tak berembun,sunyi nya Hati tak terpatri. Andai bisa ku gambarkan pd ruangn ini,belum tntu sang kejora dpt mngerti. Hadirnya ia tanpa d pinta. Berlalu ianya pergi dgn seribu tanda tanya. Hingga hari ini belum ku temui jwapan. Adakah selamnya dia tdk akn kembali?


Sunday 21 August 2011

Bingkisan Tulus dari Adam buat Hawa


Hawa ku,
Meski aku Adam, gagah pada luaran, adakalanya aku juga tewas dalam godaan. Walau aku pemimpin Khalifah bagimu, aku juga selalu tersungkur kalah akibat nafsu.Nafsuku 1, akalku 9, namun yang 1 itu sering menjadikan aku di luaran kawalan. Kadangkala aku juga tewas dalam lautan duniawai, lemas dalam dunia sendiri. Andai aku leka dan alpa, ingatkan aku untuk kembali pada-Nya, kerana sesungguhnya disebalik seorang lelaki, berdiri seorang wanita.

Hawa ku,
Walaupun aku durjana duniawi, aku juga impikan wanita solehah sebagai suri. Justeru, ingatkan aku agar tingkatkan ibadah, kelak aku bisa menjadi suami soleh. Ingatkan aku supaya selalu mengalunkan kalamullah, agar dapat aku memandumu ke syurga al-Jannah. Sedarkan aku agar mengejar keredhaan ar-Rahman, agar hidup aku sentiasa aman. Bangunkan aku bertahajud bersamamu, agar kelak rahmat-Nya tiada tandingan untukku. Aminkan bacaan doaku, moga nanti luas syurgamu. Taat dan patuhilah aku, kelak solehah jadi milikmu.

Hawa ku,
Aku suka jika kau menutup aurat daripada pandangan buas durjana. Aku suka jika kau tidak sesuka hati menabur cinta duniawi sebaliknya kau titipkan buat zaujmu kelak. Aku suka jika kau bidadari sentiasa mengejar kebahagiaan ukhrawi. Aku kalau kau bersifat keibuan supaya kelak zuriatku penuh dengan kesantunanmu. Aku lebih suka kata-kataku berhemah kerana itu menunjukkan kau wanita berhemah. Aku suka jika kau pandai berdikari, agar kelak kau mampu berdiri sendiri. Lagi indah kalau kau berperibadi mulia, kerana itu sebaik-baik hiasan dunia. Aku suka kalau kau pandai menjaga maruah, agar harga dirimu tidak terlalu murah. Lebih elok jika kau mampu berfalsafah, kerana itu simbol mar’a fatonah. Peliharalah agama seperti mana auratmu terjaga rapi, siramlah ahti dengan taqwa, sebagai bekalan menghadap Yang Kuasa. Hiasi peribadi dengan sifat mahmudah. Agar kelak tidak dipandang leamh. Meski kau dicipta daripda rusukku yang bengkok, namun ada ketika tangan yang disangka lembut mengayun buaian mampu menggoncang dunia mencipta sejarah. Oleh itu, ingatlah aku Adammu yang sering leka dan alpa. Kelak Hawa ku ini bakal menghuni al-Firdausi.

Moga impian kalian semua untuk mencari cinta yang diredhai kan termakbul. Mudah-mudahan coretan ini sedikit sebanyak mengajar kita bermuhasabah diri dalam merebut sekeping hati seorang insan yang kita cintai. Insya-Allah sinaran cinta Ilahi yang dicari akan ditemui. Sematkan pesanan ini dalam hati agar kita saling mengingati..insyaAllah,ameen Ya Rabb..



Saturday 20 August 2011

Sahabat Seperjuangan


Kadang kala dalam liku-liku perjuangan ini di waktu usia masih muda kita mengimpikan sesuatu yang begitu ideal dalam perjuangan, tapi para sahabat ku sakalian, di depan kamu terlalu perik dan jerik ujian pasti menimpa diri kamu berlapis-lapis bagi membuktikan apa kamu perkatakan itu benar dan dikotakan.


Sahabat pengalaman mengajar erti kematangan dalam kehidupan, ujian bukan datang dari kesusahan sahaja ia datang dari kemewahan dan kesenangan, namum dengan kesenangan itu ramai mereka yang seangkatan dengan ku guguran dalam perjuangan.

Sahabat ingatlah sesuatu yang diucapkan akan diminta penyaksian oleh Allah dan kita bertanggungjawab sepenuhnya.

Kunci keselamatan diri ialah Ikhlaskan dirimu kepada Allah tanpa mengira sebarang keuntung yang lain. Syurga perlu dibayar dengan harga yang mahal. Semoga kamu berjaya mengharungi segala rintangan dan ujian yang pasti akan datang merempuh kamu. Tabahkan hati banyakkan zikrullah.

(Semoga Syurga Firdausi itu menjadi milik kita bersama) :-)

Duhai Wanita

Dengan kecantikan yang anda miliki, ternyata lebih cantik daripada matahari.
Dengan akhlak anda, anda lebih harum dari minyak wangi.
Dengan sikap tawaduk anda, anda lebih tinggi dari purnama.
Dengan cinta anda, anda lebih segar daripada rintik gerimis.
Oleh itu, peliharalah kecantikan anda dengan keimanan, keredhaan dengan
kepuasan, dan kehormatan dengan hijab yang menutup aurat.

Ketahuilah bahawa, perhiasanmu bukanlah emas atau perak,
Tetapi dua rakaat menjelang subuh.
Dahagamu di tengah hari yang panas,
Kerana berpuasa
Derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh ALLAH
Air mata taubat, sujud yang panjang di atas sejadah
Dan malu kepada ALLAH ketika terdorong bisikan nista dan ajakan syaitan.

Jadikanlah taqwa itu bak pakaian anda
Nescaya anda akan menjadi wanita yang tercantik di dunia
Meskipun pakaian anda bertampal.

Jadilah wanita yang selalu bersyukur ketika senang
Bersabar ketika ditimpa musibah
Tetaplah berbaik sangka dan berpegang teguh hanya pada  ALLAH
Janganlah bersedih hati dan berputus asa atas apa yang hilang dari dunia ini.
Sesunggugnya kita memiliki rumah lain yang lebih agung, lebih kekal
Lebih besar, lebih indah dari rumah ini, iaitu akhirat

Bila mempunyai perasaan tenteram dengan ALLAH
Ia akan tenteram dengan kehidupan
Merasa bahagia dengan apa yang ada
Dan menikmati hari-harinya dengan hati yang tenang, bercahaya dan terbuka
Barangsiapa yang taat kepada ALLAH, mengerjakan perintah dan menjauhi laranganNYA
Dan jujur dalam cintanya kepadaNYA
Maka dia akan menemui ketenteraman sebagai makanan
Menemukan kelazatan dekat dengan ALLAH
Dan kebahagiaan bermunajat kepada ALLAH

EKSTREMIS DI DALAM ISU ZINA HATI

Selalukah sahabat mendengar perkataan2 sepeti ini?

“Melihat perempuan itu haram”


“Mendengar suara perempuan itu haram”



“Mengingati bayangan perempuan itu haram”



“Semua itu adalah zina”





Banyak kali dengar kan? Mungkin agaknya mereka mahu menjadikan perempuan itu sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini, dan bagi perempuan pula mereka mahu menjadikan makhluk lelaki sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini.



Sampai begitu sekalikah pandangan anda tentang pengharaman segala yang datang daripada perempuan atau segala yang datang daripada lelaki? Sedangkan khinzir pun tidak sampai ke tahap itu diharamkan dalam Al-Qur’an. Yang hanya diharamkan adalah makan dagingnya sahaja.



Apakah sebenarnya pengharaman dalam masalah perhubungan antara lelaki dan perempuan? Adakah perempuan itu haram semata-mata kerana dirinya حرام لذاته / haram lizatihi, atau haram kerana perkara luaran lain حرام لغيره / haram lighairihi?



Melihat perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata pandangan kepada perempuan itu haram atau pandangan itu haram disebabkan unsur luaran lain?



Tentunya pandangan yang diharamkan adalah pandangan yang disertai dengan syahwat, pandangan yang menggoda dan bernafsu. Itulah sebab kepada pengharaman pandangan bukan semata-mata kerana pandangan biasa.



Suara perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata suara kepada perempuan itu haram atau suara itu haram disebabkan unsur luaran lain?



Tentunya suara yang diharamkan adalah suara yang dilunakkan untuk menarik perhatian, suara manja mendodoi, suara-suara gedik. Suara sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata suara biasa.



Mengingati perempuan itu? Adakah semata-mata ingat kepada perempuan itu haram atau ingatan itu haram disebabkan unsur luaran lain?



Tentunya ingatan yang diharamkan adalah ingatan yang membayangkan keseksian susuk tubuh perempuan, membayangkan untuk bersetubuh dengan perempuan dan bayangan yang membangkitkan berahi. Ingatan dan bayangan sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata ingatan biasa.



Itulah hal-hal yang dipanggil zina kecil. Pengakhiran yang menentukannya adalah kemaluannya sama ada menjebakkannya ke kancah perzinaan hakiki atau tidak.

(jika ada sebarang komentar, silalah beri pandangan saudara saudari. diri ini masih bnyak kekurangan)

Thursday 18 August 2011

Indahnya Ciptaan Mu Ya Allah

Bersabda Rasulullah SAW:
“Sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah.”


Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Tuhannya
Yang mengalir rasa cinta.. takut dan harap
Terus menguasai perjalanan kehidupannya
Dari waktu ke waktu
Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir

Perempuan yang aku rindui
Adalah yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Sentiasa muraqabah
Setiap waktu sibuk membaiki diri
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah

Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti
Muhasabatunnafsi dilakukan selalu
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi

Perempuan yang aku dambai
Yang mendekatkan hatiku yang jauh dari Allah
Tika aku di sana dilamar duniawi
Hadirnya memperkasa Akhiratku
Sewaktu aku alpa dan leka
Lembut manjanya mentazkirah diri
Di kala aku disapa bahana
Belai kasihnya menginsafkan naluri

Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Demi kebahagiaan abadi di sana

Perempuan yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuanganku
Menegak kalimah Allah nan qudus
Mendaulat perjuangan suci Junjungan Mulia

Perempuan yang aku impi
Adalah wanita yang luhur haqiqi
Muslimah yang setia sejati
Mu’minah yang taat pada Ilahi
Itulah…Perempuan acuan al-Qur’an.

Resahnya jiwa meniti hari

Assalamualaikum. . . .
hrm, pertama-tamanya dan selamanya hnya kpd Mu kami menyembahkan diri, memperhambakan diri kami sebagai hamba Mu yang penuh dengan kekurangn dan keburukan. Sesungguhnya jika bukan kepada Mu, kepada Siapalah lagi harus kami mengharap? Terlalu banyak nikmat yang engkau kurniakan kepada Kami, sehingga kami terleka daripada mengingati Mu Ya Allah..
terasa lama dah x update blog ini. 1st bukak sminggu lps, tgk2 ada 2 jer berita kat blog nie..ape bleh buat, masalah demi masalah datang menguji minda dan jugak iman..huhh! 
rsanya ada baek blog ini d manfaatkn kpd smua..moga2 sgala perkongsian yang d berikan menjadi kekuatan utk diri ini terutamnya dan seterusnya kpd smua insan yang bergelar manusia..
_____________________________________

hari ini terasa dunia ini semakin hampir kepada penghujungnya. detik yang berlalu terasa lajunya hari berganti hari. adakah ianya satu pengakhiran ataupun adakah ianya hanyalah sebuah permulaan kepada kita? 
yang pastinya hari-hari yang kian lama kian terasa suramnya tanpa kelibat orang-orang yang tersayang.
........................................
Sesungguhnya daripada Mu kami dijadikan, dan kepada Mu jualah kami akan dikembalikan.
selama hampir 2 semester lebih kita bersama, dalam setiap suka dan duka yang kita harungi bersama. dari hari pertama perkenalan sehingga lah detik dan waktu ini, tidak dapat aku lupakn walau sesaaat. apa yang terjadi diantara kita. moga segalnya adalah rahsia yang terindah diantara kita.

 (1)Diri mu tidak kenal erti penat dan lelah, sentiasa sabar mendidik anak bangsa, semoga satu hari semuanya adalah pejuang-pejuang Islam yang digeruni dan ditakuti.
(2)Dengan senyuman yang sentiasa terukir dibibir, tidak pernah menggambarkan walau sedikit kesedihan yang dihadapi, menyusahkan lagi untuk di mengertikan apakah maksud tersurat atau yang tersirat yang ada padanya?


akhirnya, akan meninggalkan jiwa yang kian kekosongan dengan penuh tanda tanya dan seribu persoalan.
semoga semuanya adalah yang terbaek buat diri keduanya..kiriman doa pengubat jiwa, moga diri sentiasa tabah dalam apa jua situasi~