BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 26 July 2012

Bila agaknya???

Bismillahhirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang.

Alhamdulillah, masih lg d berikan kesempatan untuk terus berjuang. Walaupun sering kali tewas dalam perjuangan. Tapi masih tetap berusaha untuk terus berjuang melawan segala kehendak yg didorong oleh gelombang hati dan semestinyalah kehendak NAFSU yang perlu dititik beratkan. Bukan berkata bahawa melawan kehendak lain itu tidak perlu, tapi segalanya bermula dengan nafsu. Persoalan yang ingin saya timbulkan disini, bilakah agaknya diri ini akan terus berusaha memenangi setiap daripada ujian dan cabaran yang didatangkan? Tidak perlu untuk menjawabnya.

Bilakah masanya? Sekarang? Esok? Lusa? Minggu depan? Tahun depan? 10 tahun akan datang? Ooh tidak.  Sempatkah aku? Sempatkah kita??? Semuanya ada pada diri kita sendiri. Terserahlah semuanya pada yang menanggung. Yang pastinya, semua ini akan dipersoalkan kembali.



Rasanya setakat ini sahajalah renungan yang saya rasa ianya perlu diberikan kepada diri sendiri terlebih dahulu. Moga setiap usaha yang kita jalankan akan dilipat gandakan kelebihan dan rahmat Nya kepada kita semua. Salam Ramadhan kepada semua.


0 comments: