BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 21 September 2011

Jom Baca Sekejap ^_^

Ikhwah wal Akhawat Fillah Sekalian,

Alam yang ALLAH ciptakan mengandungi pelbagai khazanah berharga yang belum diterokai. 

Setiap penciptaan yang dapat kita lihat bukanlah diciptakan sia-sia, atau hanya semata-mata untuk dikaji begitu sahaja, tetapi tujuan utamanya adalah agar kita sentiasa mengingati ALLAH, Sang Pencipta alam tersebut. 

Melihat kepada alam sepatutnya mengingatkan kita kepada sifat alam yang sentiasa bertasbih lantas memangkinkan jiwa kita untuk turut sama mengingati Penciptanya. 


Kesimpulannya berfikir tentang alam sebenarnya adalah salah satu sarana meningkatkan iman dan amal ibadah - bagi golongan Ulul Albab yang mampu berfikir. 

Ya ALLAH, masukkanlah kami ke dalam golongan tersebut.

0 comments: